Upm merupakan salah sebuah Universiti Penyelidikan yang terunggul di Malaysia!!!
UPM telah berjaya meraih pelbagai anugerah kebangsaan dan antarabangsa
sejak ditubuhkan pada 1931. Pencapaian terkini yang berjaya diraih
ialah pengiktirafan Institut Biosains sebagai Pusat Kecemerlangan
Pengajian Tinggi dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
pertama mendapat akreditasi dalam program Bacelor Sains Kesihatan,
Persekitaran dan Pekerjaan (BSKPP) daripada ‘Royal Chartered Institute
Environmental Health' (CIEH), London....
Sistem Pentadbiran UPM yang efektif serta dinamis secara telus
menggambarkan kewibawaan Universiti di peringkat antarabangsa, seiring
dengan matlamatnya sebagai Universiti Penyelidikan bertaraf dunia.
Sistem pentadbiran yang lancar dan sistematik ini juga adalah antara
ciri-ciri yang menjadikan Universiti Putra Malaysia salah sebuah
Universiti tersohor di Malaysia....
Rentetan sejarah UPM dari tahun 1931 sehingga 2011 telah memperlihatkan
transformasi dari sebuah sekolah pertanian kecil yang kini gah menjadi
salah sebuah Universiti Penyelidikan dan pengajian terunggul di
Malaysia, yang disegani di persada antarabangsa dan tempatan.
"Universiti Putra Malaysia Best"
No comments:
Post a Comment