Tentera dan polis rejim Syiah Iraq
berdepan puluhan ribu rakyat muslim yang berdemonstran di bandar
Fallujah wilayah Anbar dengan tindakan yang zalim keatas demonstrasi itu
pada Jumaat (25/1/2013). Agensi berita Al-Istiqlal melaporkan sehingga
pukul 01.00 Sabtu (26/1/2013), jumlah mangsa gugur dan cedera telah
mencapai 73 orang awam muslim.
Seperti hari Jumaat sebelumnya, Jumaat
kelmarin dipenuhi puluhan ribu warga muslim sunni Iraq di bandar
Fallujah dengan aksi demonstrasi menentang rejim Syiah PM Nouri Al-Malik
dan menuntut pembebasan beribu-ribu warga muslim yang dipenjarakan
secara zalim oleh rejim. Ribuan tentera dan polis rejim Syiah Iraq
meleraikan demonstran dengan gas pemedih mata dan dipukul dengan rotan.
Namun ada para demonstran berdegil untuk berganjak sehingga menyebabkann
sniper tentera Syiah menembak mereka dengan peluru.
Tentera dan polis rejim Syiah Iraq
dikerahkan dalam jumlah yang sangat besar atas perintah PM Nouri
Al-Maliki dan Mentri Pertahanan Sakdun Ad-Dulaimi.
Rakyat muslim dipukul secara brutal dan
ditembak dengan senjata oleh rejim Syiah telah mengorbankan
sekurang-kurangnya 5 warga muslim dan mencederakan lebih dari 65 warga
yang lain. Para demonstran meluahkan kemarahannya dengan membakar semua
kereta tentera rejimSyiah jenis Hammer yang berada di lokasi kejadian.
Sejumlah ketua suku dan pemimpin
masyarakat bandar Fallujah telah menuntut regim Syiah Iraq untuk
menghentikan penumpahan darah para demonstran awam muslim.
Mufti Iraq, Syaikh Rafi ‘Al-Rifa’i,
telah menuntut regim Syiah Iraq untuk segera menarik keluar tentera dan
polis dari bandar Fallujah. Beliau menegaskan penduduk muslim sunni Iraq
tidak akan pernah berundur dari tuntutan pelengseran rejim Syiah Iraq
dan pembebasan ribuan tawanan muslim.
Selama enam minggu terakhir, Iraq telah
menyaksikan gelombang revolusi Iraq “Arabic Spring” dengan tuntutan
utama pelengseran rejim Syiah PM Nouri Al-Maliki dan pembebasan ribuan
tawanan muslim sunni. Negeri Anbar, Salahuddin, Kirkuk, Mosul, Baghdad,
Babil, Basrah dan Diyala diwarnai dengan aksi demonstrasi ratusan ribu
warga muslim sunni...
Ayuh sama2 kita doakan untuk saudara kita di sana yg ditindas oleh Kafir...
No comments:
Post a Comment