Assalamualaikum..^_^..Hafiz Hamidun merupakan salah satu artis nashid yang saya minati di Malaysia...
Hafiz Hamidun atau nama penuh Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi nasyid Malaysia. Hafiz juga adalah bekas ahli kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau keluar daripada UNIC dan mencipta album solonya.[1] Kini beliau telah merakamkan 2 album solonya.Beliau adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak
yang lahir pada 21 September 1984. Anak ketiga daripada lima adik
beradik ini mendapat pendidikan rendah di SK Changkat Jong, Teluk Intan.
Kemudia beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Izuddin Shah, MRSM
PDRM Kulim, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan
Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
- 2002 - Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Nasyid KESEJADAH Sekolah Menengah
- 2002 - Johan Pidato Pra-Universiti Peringkat Kebangsaan
Setelah tamat SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum
berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang. Di situ bakat beliau dalam
bidang nasyid banyak diasah melalui persembahan-persembahan dan
undangan di peringkat dalaman dan luaran. Ketika di UIAM beliau
disunting oleh Hijjaz Music Entertainment, sewaktu konsert Hijjaz & In-Team
di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya. Berikutan daripada itu,
beliau telah menyertai UNIC pada tahun 2003 dan telah merakamkan album
bersama UNIC selama 4 tahun. Album-album beliau bersama UNIC ialah :
- 2003 - Album UNIC MTV
- 2003 - Album UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
- Karaoke See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
- 2004 - Album UNIC Live In Concert (Hijjaz Records / EMI)
- 2004 - Telemovie UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
- 2005 - Album UNIC Satu Tekad (Hijjaz Records / EMI)
- 2005 - Album UNIC MTV Karaoke (Hijjaz Records / EMI)
Hati kita akan tenang sekiranya kita dekat dengan Allah..."Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."
No comments:
Post a Comment