~Takdir segala sesuatu yang direncananakan oleh Allah..
~Ketetapan pula Bermakna segala sesuatu yang akan ditetapkan oleh Allah..
"Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir
Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap
kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya
menyelesaikan masalah itu"
Bak kata pepatah ("We can't direct the wind but we can adjust our sail...") "Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita..."
Kemudi dalam pelayaran kita adalah hati. hati yang bersifat bolak-balik
(terutama bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah,
yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa
jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik
sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita
yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang
ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.
Tidak salah
untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut
untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat
diselesaikan, bersangkalah baik kepada Allah berdasarkan firmanNya: "Ada
perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara
yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi
katanya , "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah
dalam takdirNya maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan
mata hati seseorang..."
Renung-renungkanlah wahai
teman-teman...sekiranya kita susah hati maka berbicaralah pada Allah,
pasti Allah akan menolong mu...Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi Maha
penyayang...
No comments:
Post a Comment