
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan
tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan
berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam
hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat
besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian
dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT
itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti
berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh
air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini
betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik
sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah,
menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu
sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan
menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang
hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap
kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan
sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan
agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah
pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga
kesihatan kulit muka....
Di samping itu tentunya anjuran untuk
berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang
berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah
akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum
berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam
ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah
atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan
positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita
akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu
dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan
kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita
akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan
sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa
berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir
kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh
kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Ayuh Kita Amalkan
No comments:
Post a Comment